06 August 2007

BERITA SEMASA




CANGGIH.....Makmal komputer yang baru dibina


AL-FALAH DAPAT MAKMAL KOMPUTER BARU

Al-Falah mendapat sebuah bangunan Makmal Komputer baru yang bernilai RM300 ribu. Makmal Komputer yang dibina sejak akhir tahun lepas sudah siap untuk digunakan oleh pelajar.

Menurut Pengetua, Ustaz Che Ali bin Che Mat, makmal ini sudah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada sekolah pada 24 Julai 2007. Makmal komputer ini boleh menampung seramai 80 orang pelajar pada satu masa, iaitu seorang pelajar satu komputer.

Menurut Ustaz Che Ali lagi, selain makmal komputer, Al-Falah sedang rancak menerima perubahan pembangunan fizikal dengan bajet RM1.5 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Antara yang sedang giat dijalankan ialah, membina pejabat pentadbiran, Bilik Pengetua, Bilik Guru Penolong Kanan, Pondok Pengawal Keselamatan,surau, mengecat Dewan Sekolah, bangunan asrama putera dan puteri serta kerja-kerja membina gajah menyusul.

Dijangkakan kerja-kerja pembinaan akan disiapkan sepenuhnya sebelum Bulan Ramadhan ini.







1 comment:

hjjhhjh said...

tahniah..time kita blaja kat sekolah ni dulu tak der pun nak blaja blaja komputer ni...lepas sekolah kena amik kursus sendiri nak blaja komputer...seronoknya sek. al-falah skrg dah banyak berubah...rindu nak jejak kaki ke sana..