27 September 2012

Road Show PMR

Selama seminggu setiap jam 7.45 pagi, pengetua akan berjumpa dengan semua pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan.

Setiap hari, pengetua dan pengurusan sekolah akan menemui pelajar tingkatan 3 mengikut giliran kelas masing-masing untuk memberikan semangat, motivasi dan kata-kata nasihat agar semua pelajar dapat memberikan tumpuan 100% untuk menghadapi PMR.

Pesananm amanat dan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh pengetua adalah untuk menyuntik semangat pelajar supaya tidak terlepas peluang untuk mencipta kejayaan untuk diri mereka, keluarga dan juga sekolah.

pengetua juga berpesan, setiap pelajar adala harapan ibubapa dan juga sekolah. semua pihak mengharapkan kejayaan semua pelajar. masa sudah suntuk dan tidak ada sebab pelajar masih leka dan membuang masa,sedangkan PMR sudah hampir tiba.

Turutserta dalam perjumpaan atau roadshow harian itu ialah GKP Pentadbiran, Haji Asa;ri Ramli dan GPK HEM.

Kem Bahasa Melayu PMR

Seramai 40 pelajar yang bakal menduduki PMR dipilih untuk mengikuti kem Bahasa Melayu yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam, Kemaman.

Pelajar-pelajar yang menyertai kem yang dikendalikan oleh guru-guru subjek Bahasa Melayu adalah mereka yang mendapat pencapaian sederhana dalam percubaan PMR baru-baru ini.

Antara kandungan kem ini adalah bengkel menulis karang, teknik menjawab, latihan menjawab, soal-jawab dan latihan berkumpulan.

Antara guru-guru yang terlibat ialah Cikgu Irmawati Hani, Cikgu Norlisa, Cikgu Ali Mohd Yatim, Cikgu Nor Mazida, Cikgu Morni Hasniza.

24 September 2012

Perkhemahan Persatuan Silat Sekolah

Persatuan Silat Al-Falah akan mengadakan satu perkhemahan untuk ahli-ahli pada hujung minggu ini. Perkhemahan yang dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring termasuk jurulatih silat sekolah.

Perkhemahan yang dinamakan Kem Kepimpinan Pesilat Sekolah ini akan diadakan pada 3 hingga 5 Oktober ini di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.

Pengisian program adalah dalam bentuk ceramah, bengkel, dialog serta LDK, antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pesilat tentang ciri-ciri kepimpinan dalam organisasi silat.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Secara Online

Pengumuman kepada ibubapa,guru dan calon UPSR dan PMR 2012:

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2013 secara online telah dibuka mulai 15 September hingga 31 Oktober 2012.

Permohonan ini dibuka kepada semua guru kelas dan ibubapa/penjaga tahun 6 dan Tingkatan 3 dengan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya.


Sila layari laman web di bawah untuk direct link ke Bahagian Permohonan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan:

Temu murni ibubapa pelajar PMR & SPM

Hari ini 24 September, diadakan majlis temu murni bagi ibubapa pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada bulan hadapan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Falah menerima kunjungan yang sangat menggalakkan. Semua guru subjek dan unit peperiksaan mengadakan sesi temu murni sejak jam 11 pagi lagi.

Pada tahun ini seramai 233 orang calon PMR akan menduduki peperiksaan yang akan bermula pada 9 hingga 16 Oktober 2012. Manakala jumlah calon SPM pula seramai 122 otang.


22 September 2012

Pertandingan Futsal

Al-Falah menghantar satu pasukan ke Pertandingan Futsal Prostar yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman pada 22 September yang lalu.

Pertandingan antara sekolah-sekolah daerah Kemaman berlangsung di Gelanggang Futsal Binjai, Kemaman disertai oleh semua pasukan yang mewakili sekolah masing-masing.

Pasukan futsal Al-Falah dibimbing dan dilatih oleh warden Aspura, Haji Syahidan bin Romeli.

20 September 2012

Kursus Motivasi Aktifkan Hotbutton Anda!

Pada 20 September, satu kursus motivasi telah diadakan untuk semua pelajar bertempat di Dewan Al-Falah. Kursus motivasi ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Sofian Salleh dari Konsultan Villa Hati.

Kursus motivasi yang bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang diisi dengan pelbagai slot yang menarik minat serta tumpuan pelajar serta guru-guru.

Motivator menyampaikan ceramah motivasi dengan cara bercerita, simulasi, analogi, contoh dan kata-kata semangat bagi menyuntik semangat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

3 slot yang dikendalikan bertajuk 'Jangan Pandang Belakang", slot ke-2 " Waris Jari Telunjuk" dan slot ke-3 bertajuk " Jangan Tak Tegur".

Kursus ini kendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

hati-hati memandu, pegang stereng kuat-kuat...

memang best kursus ni...

sikitpun tak ngantuk...

mari salam dengan ustaz....

Solat hajat perdana untuk PMR dan SPM

Pada 20 September diadakan Majlis Solat Hajat untuk PMR dan SPM. Majlis yang bermula sebaik sahaja selepas solat maghrib, dimulai dengan bacaan yassin, kemudian diikuti dengan solat hajat secara berjemaah. 

Bacaan yasin dan solat hajat dipimpin oleh Ustaz Mohd Sufian Daud. Turut serta dalam majlis ini ialah semua guru, ibubapa dan juga pelajar.

Pengetua turut menyampaikan ucapan ringkas dan pesanan kepada semua pelajar dan ibubapa, bahawa pihak sekolah menyusun dan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM serta peperiksaan lain. Kelas tambahan, kem subjek, kursus motivasi dan perbincangan diadakan sepanjang tahun.

Majlis Solat Hajat Perdana dihadiri kira-kira 475 orang termasuk pelajar asrama.