05 August 2007

BERITA AL-FALAH

AUDIT DALAMAN JHEAT BERKAMPUNG DI AL-FALAH
KIRA BETUL-BETUL...Tuan Hj.Yusof Mustaffa dan Encik Nik Ismail sedang mengaudit akaun

Al-Falah dikunjungi Juruaudit Dalaman Jheat untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan akaun sekolah bagi tahun 2007. Sejak awal pagi lagi, Tuan Haji Yusof Mustaffa dan Encik Nik Ismail Mansor memeriksa dan mengaudit akaun sekolah bagi memastikan semua urusan perakaunan dilakukan dengan sempurna dan mematuhi piawaian pengauditan.

Sepanjang berada di Al-Falah, juruaudit memeriksa dan mengaudit akaun sekolah, SUWA, asrama dan semua resit yang berkaitan seperti yuran sekolah,yuran literasi komputer,takaful dan yuran SRAB.

Guru-guru tingkatan juga diminta memastikan semua kutipan yuran sentiasa dikemaskini dan direkodkan di dalam buku Buku Kedatangan Pelajar bagi memastikan semua pelajar membuat bayaran seperti yang ditentukan. Guru dan warden yang berkaitan dengan bayaran juga diminta mengemaskini segala kutipan untuk tujuan pengauditan.

1 comment:

hjjhhjh said...

assalamualaikum...

saya x-student sekolah al-falah...saya cadangkan pihak sekolah wujudkan satu web sendiri. dalam web tu nanti leh muatkan link utk contoh kertas soalan exam (cam mrsm buat),masukkan ruangan utk guru dan pelajar,aktiviti sekolah cth sukan sekolah ker,karnival usahawan sekolah muatkan juga ruangan utk bekas pelajar..manalah tahu nak cari kawan lama...nak contact cikgu lama kat sekolah ni...seronok jugak...muatkan banyak info dalam web tu banyakmanfaatnya..cuma pastikan web tu diselenggara selalu(up 2 date)...