20 September 2008

VIDEO KLIP DENDANG PERANTAU ALFALAH

Video klip ini dibuat oleh Cikgu Junaidi pada tahun lepas untuk diabadikan kenangan bersama guru-guru sempena menyambut hari raya aidil fitri. Diharapkan dengan tersiarnya video klip ini, akan terubat rasa rindu kat orang-orang tersayang, orang yang jauh, orang yang dah lama tak jumpa, dan paling istimewa video klip ini menampilkan bekas pengetua, Ustaz Che Ali selaku sumber inspirasi. Antara yang memegang watak utama dalam video klip arahan Cikgu Junaidi ini ialah; Ustaz Che Ali, Pn. Suzana (pembantu tadbir kewangan), Siti Fatimah (jurutaip), Cikgu Rosdi, Cikgu Azizah, Cikgu Wan Fauziah, Cikgu Suriati, Cikgu Mustaffa, Cikgu Syarifah Sakinah, Cikgu Norhayati, Ustazah Wan Hafsah, Cikgu Adnan, ustaz Tengku Zulkeplee, Cikgu Marina, Cikgu Noor Zuliana, Ustaz Wan Ahmad Bushra, Cikgu Suriyani, Cikgu Pauzi, Cikgu As'ari, Cikgu Wan Nabihah, Cikgu Sulha (sudah bertukar ke Mahmuddiah), Cikgu Norlida, Cikgu Rusiah, Cikgu Maziah, ustazah Siti Mariam, dan beberapa orang pelakon pembantu.
Salam aidil fitri buat semua!

1 comment:

Amir Hamzah said...

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Saya Mohd Amiruddin Bin Hamzah, Class '94-98, mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua tenaga pengajar dan bekas-bekas pelajar sekolah saya yang tercinta ini.

Alhamdulillah, sekarang saya sedang bertugas sebagai Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik bergred M44 di Embassy of Malaysia di Washington DC, United States.

Saya teringatkan beberapa orang guru dan Ustazah yang banyak mendidik saya sepanjang 5 tahun berada di sekolah tersebut. Bagi saya, tidak ada manfaat diri ini tanpa ilmu, dan tidak ada kesempurnaan jiwa ini tanpa bakti. asih teringat Ustazah Fauziah dan Ustazah Wan Hafsah yang mendidik saya mendalami ilmu ini. Ilmu agama bukan penghalang untuk menjadi orang berjaya. dan hari ini saya buktikan, seorang pelajar Al-Falah, beraliran sastera, boleh menjadi seorang diplomat di negara asing. Kejayaan saya di sini adalah untuk menjadi kebanggaan semua pelajar SMA Al-Falah kemaman.

Sempena hari raya yang mulia ini, saya memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya kepada guru-guru. Walaupun sudah 10 tahun meninggalkan sekolah ini, rasa cinta dan kasih kepadanya tetap utuh, dan kekal selamanya...

MOHD AMIRUDDIN HJ. HAMZAH
Kelas '94-98
Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Kedutaan Malaysia
Washington, DC
United States

dan Isteri

Nornaimah Abdul Wahab
Kelas '93-97