24 February 2009

Berita Kokurikulum

PESTA SUKAN MASMAT 2009

Pada 26 - 28 Februari, Sekolah Menengah Agama Al-Falah menjadi tuan rumah kepada Pesta Sukan MASMAT Peringkat Zon B.

Selain tuan rumah, sekolah-sekolah yang termasuk dalam zon ini ialah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun, SM. Imtiaz, Dungun dan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sepanjang 3 hari berkampung di sini, kebanyak perlawanan akan dilangsungkan di luar sekolah, iaitu bola sepak di Stadium Mini Mak Chili, bola jaring, ping-pong dan badminton bertempat di Dewan Dato' Seri Amar Diraja, Kemaman.

Hanya pertandingan sepak takraw akan dijalankan di gelanggang takraw Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman.

Kira-kira 300 orang peserta akan berkampung untuk memeriahkan pesta sukan pada kali ini.

No comments: