27 April 2009

Kursus Kemahiran Belajar

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR SIRI 2
Seramai 100 pelajar tingkatan 1 akan mengikuti Kursus Kemahiran Belajar yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan (Unit HEM) pada 30 April hingga 2 Mei 2009.

Sebelum ini, 3 minggu yang lepas, kumpulan 100 orang pelajar tingkatan 1 telahpun menjalani kursus ini dengan jayanya.

Kursus ini akan dikendalikan 4 orang fasilitator yang dilantik oleh Bahagian Pendidikan, dan merupakan kursus siri ke-2 untuk kumpulan kedua pelajar tingkatan 1.

Semua peserta kursus akan ditempatkan di Asrama Putera dan Asrama Puteri sepanjang 3 hari berkursus.

Unit Kaunseling diberi tanggungjawab menjadi urusetia sepanjang kursus ini diadakan.

KURSUS KEMAHIRAN ASAS MENOLONG PRS 2009

PRS ALFALAH MENCARI PENGALAMAN

Seramai 37 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah terpilih untuk mengikuti kursus Kemahiran Asas Menolong PRS yang dianjurkan bersama dengan Sek. Men. Keb. Sultan Ismail dan SMK. Geliga.

Pertama kalinya PRS AlFalah mengikuti kursus seumpama ini sejak ditubuhkan awal tahun ini di bawah bimbingan Cikgu Zakaria Jusoh.

Kursus ini adakan pada 24 April 2009 di Dewan SMK. Geliga, Kemaman, disertai 200 orang PRS.

Fasilitator yang terlibat terdiri daripada Pn. Asmawati Mohamad Ali (Kaunselor SMK. Sultan Ismail) dan Pn. Anita Mohamad(Kaunselor SMK. Geliga) dan dibantu oleh bekas PRS SMK. Sultan Ismail, Kemaman.

Majlis penutup yang diadakan pada akhir kursus tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Razak Jusoh (Pen. Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid, JHEAT).

Penyampaian watikah pelantikan telah disampaikan oleh pengetua sekolah masing-masing, iaitu Tuan Haji Aziz Muda(SMA. AlFalah), Pn. Hajjah Wan Hasnah Wan Mohamad(SMA. Sultan Ismail) dan Pn. Kamariah Sidek (SMK. Geliga).

Rata-rata PRS yang ditemui melahirkan rasa gembira dan berpuashati dengan kursus yang diikuti dan berharap pihak sekolah atau jabatan akan mengadakan kursus lanjutan bagi pemantapan PRS AlFalah.

English Competition 2009

ALFALAH JOHAN SYARAHAN
Alfalah telah menjadi tuan rumah English Competiton yang berlangsung pada 25 April lalu. 3 buah sekolah telah bertanding dalam Zon 2, terdiri daripada Sek. Men. Agama Marang, Sek. Men. Agama Sultan Ismail, Dungun serta tuan rumah Sek. Men. Agama alFalah, Kemaman.

Dalam pertandingan tersebut, AlFalah telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Syarahan Menengah Atas(Speech) serta Kuiz Menengah Atas manakala Nasyid hanya muncul sebagai Naib Johan.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMA. Al-Falah, Tuan Haji Aziz bin Muda, berlangsung di Surau Sekolah.
Najihah...Johan Syarahan Menengah Atas

Pertandingan peringkat akhir akan diadakan pada 2 hingga 3 Julai 2009 di Sek. Men. Agama Mahmuddiah, Hulu Terengganu.

20 April 2009

Selamat Pengantin Baru

JOM MAKAN NASIK MINYAK
Akhir tahun lepas, Cikgu Suhaiza telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Dan pada 2 Mei ini, sampailah giliran sahabat baik Cikgu Suhaiza,iaitu Cikgu Zahian Harun bertemu jodoh dengan jejaka yang diberi nama Sollahudin.

Majlis kenduri kahwin akan diadakan di rumah Cikgu Zahian di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Semua warga sekolah telah menerima undangan istimewa daripada Setiausaha Disipiln Sekolah untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinannya nanti.

Didoakan Cikgu Zahian akan menjadi isteri yang solehah dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

SELAMAT PENGANTIN BARU.


Nota:
Dengar-dengar cerita, ada lagi seorang guru wanita yang cantik akan mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini. Bila agaknya?

14 April 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan PMR & SPM 2008

TAHNIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG
Pada 30 April ini, Sekolah Menengah Agama Al-Falah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan PMR dan SPM 2008. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB. Dato' Mohamed bin Haji Awang Tera pada jam 3.00 petang di Dewan Makan Asrama Putera.

Majlis ini merupakan majlis tahunan dianjurkan oleh PIBG dengan pihak sekolah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2008.