24 September 2012

Temu murni ibubapa pelajar PMR & SPM

Hari ini 24 September, diadakan majlis temu murni bagi ibubapa pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada bulan hadapan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Falah menerima kunjungan yang sangat menggalakkan. Semua guru subjek dan unit peperiksaan mengadakan sesi temu murni sejak jam 11 pagi lagi.

Pada tahun ini seramai 233 orang calon PMR akan menduduki peperiksaan yang akan bermula pada 9 hingga 16 Oktober 2012. Manakala jumlah calon SPM pula seramai 122 otang.


22 September 2012

Pertandingan Futsal

Al-Falah menghantar satu pasukan ke Pertandingan Futsal Prostar yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman pada 22 September yang lalu.

Pertandingan antara sekolah-sekolah daerah Kemaman berlangsung di Gelanggang Futsal Binjai, Kemaman disertai oleh semua pasukan yang mewakili sekolah masing-masing.

Pasukan futsal Al-Falah dibimbing dan dilatih oleh warden Aspura, Haji Syahidan bin Romeli.

20 September 2012

Kursus Motivasi Aktifkan Hotbutton Anda!

Pada 20 September, satu kursus motivasi telah diadakan untuk semua pelajar bertempat di Dewan Al-Falah. Kursus motivasi ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Sofian Salleh dari Konsultan Villa Hati.

Kursus motivasi yang bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang diisi dengan pelbagai slot yang menarik minat serta tumpuan pelajar serta guru-guru.

Motivator menyampaikan ceramah motivasi dengan cara bercerita, simulasi, analogi, contoh dan kata-kata semangat bagi menyuntik semangat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

3 slot yang dikendalikan bertajuk 'Jangan Pandang Belakang", slot ke-2 " Waris Jari Telunjuk" dan slot ke-3 bertajuk " Jangan Tak Tegur".

Kursus ini kendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

hati-hati memandu, pegang stereng kuat-kuat...

memang best kursus ni...

sikitpun tak ngantuk...

mari salam dengan ustaz....

Solat hajat perdana untuk PMR dan SPM

Pada 20 September diadakan Majlis Solat Hajat untuk PMR dan SPM. Majlis yang bermula sebaik sahaja selepas solat maghrib, dimulai dengan bacaan yassin, kemudian diikuti dengan solat hajat secara berjemaah. 

Bacaan yasin dan solat hajat dipimpin oleh Ustaz Mohd Sufian Daud. Turut serta dalam majlis ini ialah semua guru, ibubapa dan juga pelajar.

Pengetua turut menyampaikan ucapan ringkas dan pesanan kepada semua pelajar dan ibubapa, bahawa pihak sekolah menyusun dan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM serta peperiksaan lain. Kelas tambahan, kem subjek, kursus motivasi dan perbincangan diadakan sepanjang tahun.

Majlis Solat Hajat Perdana dihadiri kira-kira 475 orang termasuk pelajar asrama.